Wowwa's Guitar # part one ♥
Monday, 16 April 2012 @ 01:31 | 0 Flying kisses ❤
Hello peoples, Hari ni wowwa nak mintak pendapat korang sikit boleh? Sebab mungkin korang lebih expert pasal menda menda alah ni kot berbanding dengan wowwa (: Tapi maluuu pulak nak tanya dekat korang. Hahaha. Korang janji jangan gelakkan wowwa tau.
Maaf atas iklan di atas ^____^ Ehhhh..korang still nak tolong wowwa ke? Tak payah laaa awak. Nanti wowwa maluuu (: Okey okey, wowwa tak main main dah. Actually wowwa nak belajar main guitar. Haaaa..tengok tu, tadi dah janji takmo gelakkan wowwa kan? Tipu yea, tunggu laa adik adik bulus wowwa pegi cakar muka korang. Baru padan muka ;p * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Conversation dengan bro gua. Bro: Ek ek laaa..tu je? Bukan susah pun wowwa oi. Gua: Susah woo bro.. naik buntu gua fikir. Bro: Mende laa kau ni? Cecite Cecite.. (sambil meniru aksi Usop Wilcha dalam Hantu Kak Limah Balik Rumah) Gua: Buruk bebenor rupa kau buat macam tu bro. Haha.. Bro: Okey laa wowwa, gua serius. Lu apahal wa? Gua: Gua nak belajar main guitar, tapi tak reti ); Bro: Senang saja wowwa. Kau pegi beli guitar sebijik, pastu gua ajar lu. Gua: Wuhuuuuu.. (menjerit macam orang gila sambil melompat lompat dalam bilik) * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * Cita cita nak belajar main guitar tu dah lama, cuma agak take time jugak laa nak laksanakan. Nak kumpul budget lagi, lain laa kalau gua ni kaya, tak pun ada orang yang nak sponsor gua. pastu nak pegi cari sifu lagi. Yea laaa, kalau setakat beli pastu berabuk tak main, baik tak payah. Hentak dekat tiang, campak dekat longkang saja laa jawabnya (: Setakat ni, wowwa dah survey plus google beberapa article tentang guitar for beginners. Abang gua suruh gua google "guitar for dummies". Agak gak laa bro. Lu tunggu bila gua dah pro. Hari hari gua goreng lagu A.C.A.B, biar berdarah telinga lu. Muahaha.. Ehhh..kan dah melalut lagi (: Moh kita sambung balik. Mostly dalam article yang wowwa baca, diorang akan suggest classical guitar untuk begginners terutama sekali untuk aweks aweks comell macam gua laa kan? *sila muntah sekarang. Guitar ni agak mahal sikit laa berbanding dengan guitar akustik, tapi pada wowwa berbaloi laa. Kaka..apa beza guitar klasik dengan guitar akustik? Ehhh..mana datang pulak laa budak kecik ni? Tanya gua soalan yang pelik pelik pulak. Mana laa gua tau, gua belum pro lagi tau tak. Iskk, tunggu jap gua pegi tanya encik google jap (: Guitar Acoustic Juga merupakan jenis gitar yang popular. Di Malaysia gitar jenis ini lebih glamer dengan panggilan “gitar kapok” dan selalu dimainkan untuk “rock kapak”. Banyak orang yang tidak faham perbezaan antara akustik dan klasik. Perbezaan gitar akustik dengan gitar klasik antaranya terletak pada jenis tali (string) yang diguna. Tali gitar akustik adalah steel-base string manakala tali gitar classic (termasuk flamenco dan bossa-nova) menggunakan nylon-base string (tali 1-3 walaupun ada menggunakan steel, tapi disalut pada tali base nylon). Kelebihan gitar akustik: Boleh dimainkan tanpa amp. Boleh dibawa dan dimain di mana-mana (kecuali tempat-tempat tertentu seperti masjid, tanah perkuburan, musium dsbg.) Walaupun tak perlu amp, bunyi yang keluar dari gitar akustik cukup kuat untuk main sambli nyanyi ramai ramai semasa berkelah misalnya, sebab gitar akustik pakai steel strings. Variasi muzik yang luas dan selalunya gitar akustic “masuk” untuk dimainkan apa apa genre. Selalunya gitar akustik tidak mudah lari tune kerana lebar string yang lebih besar berbanding gitar eletrik kecuali masalah loose nut atau dimainkan dibawah pengaruh matahari atau pencahayaan yang kuat. Kelemahan gitar akustik: Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. (Kalau nak tahan lama la – sebab aku tengok ramai yang reti beli aje gitar tapi tak reti bela) Believe it or not, secara purata gitar akustik lebih mahal terutama yang sudah dimasukkan ke kategori vintage seperti Martin Guitars. Kebanyakan beginner give-up tengah jalan sebab alasan – susah nak main, tali keras, jari saya kecik, tekan tak kuat.. Sesetengah gitar mempunyai fretboard dan body yang besar. Classical Guitar Konsep yang hampir sama dengan gitar akustik, tetapi menggunakan string nylon. Kelebihan gitar klasik: Sesuai untuk lagu lagu klasik, spanish style flamenco, bossa nova dan fingerstyle-technique. Tali nylon walaupun tebal, tetapi lembut dan mudah dimainkan. Justeru, sesuai untuk beginner. Bunyi gitar yang lebih lembut dan romantik tapi passionate. Kelemahan gitar klasik: Genre muzik yang agak terhad. Jarak antara string dan antara fret yang besar, justeru fretboard yang lebih lebar. Gitar ini susah dimainkan oleh mereka yang mempunyai jari yang kecil dan comel. Memerlukan penjagaan yang lebih dan kos repair yang agak mahal. Kebanyakan gitar klasik yang elok mempunyai harga yang jauh lebih mahal dari akustik dan elektrik. Ada gitar vintage klasik yang mencecah jutaan RM. sumber fakta bukan auta: zairul.com Wowwa ingat nak beli guitar jenama Gypsy Rose sebab setakat ni yang wowwa tanya, ini guitar yang okey laa untuk beginners perempuan sebab saiz dia kecik sikit berbanding dengan guitar biasa, dia ringan dan comell (: Colour yang available cuma purple, pink dengan black sahaja. So wowwa confirm akan beli yang warna hitam tu. Oittt, takkan nak beli yang colour pink tu. Tak ganas laa kan (: By the way, kalau korang ada suggestion classical guitar jenama lain. Tolong yea bagitau wowwa. Thanks peeps, i love you so much laa ^_____^ |
Hello little earthling jello, awkward strangers and mysterious stalkers (: please click the like button to support my blog. :) i love♥ you guys so much.rawr! Blog's name: ujawa4ever.blogspot.com
|